29 October 2012

Belajar Menghargai :)





Hello hello hello!!! :) Senyum tak perlu kata apa-apa.
Sejak akhir2 nie kn.. saya banyak sgt bfikir. Dari naik bas smpai naik express, asyik berfikir jak. Kadang-kadang "overthinking" nie okay juga la unless in the end kita mesti buat munasabah diri.

Dulu kn, masa saya frust menongeng giler dengan result stpm saya, aduhhh punya la gelap dunia ini. Rasa ini terjun bangunan jak(rasa jak bukan benar2, hehehe). Perkataan yang pernah kuar dari mulut ini ialah mengatakan yang saya nie "sial sangat". Apalah nasib ku ini. Menyalahkan ini la, menyalahkan itu la. Fuhh~ Itulah saya. Tapi sekarang kn, bila dfikirkan..memang ada hikmah dsebalik semua ini. Sekarang saya kira dapat apa yang saya nak. Dulu, teringin sangat nak merasai kehidupan sbg pelajar Universiti dan sekarang saya merasai suma itu. Nahhh.. lambat atau cepat, akan tiba jua masa nyak. Dan persoalan nya disini, adakah saya tak cukup bertuah untuk merasai suma itu?

Kadang-kadang ada di suatu saat saya akan merasakan yang diri ini penuh dengan kekurangan. Untuk apa kita membandingkan diri kita dengan mereka-mereka yang lain kerana memang fitrah nya kita tak sama. rambut sama hitam, hati siapa yang tahu? "Stop comparing yourself with others" Kita masing2 punya kelebihan & kelemahan. Yang baik kita kongsikan, yang buruk kita perbaiki. :)

Ya. Memang saya tidak nafikan, hati kecilku ini memang tidak pernah puas. Mesti ada jak yang kurang. huhuhu. Kadang-kadang kita tak perlu merasai sesuatu pengalaman itu untuk kita belajar menghargai sesuatu..cukuplah bila kita diberi peluang untuk melihat dan berfikir sejenak, bertapa bertuah kita daripada mereka-mereka di luar sana. Ada di suatu saat bila kita melihat orang di sekeliling kita bahagia ada teman hidup yang sejati di sisi, lalu lah kita merasakan diri kita sangat tidak bertuah dalam bercinta. Namun, berfikirlah sejenak di dalam hatimu wahai mindaku, adakah yang berbahagia itu tidak mempunyai kekurangan nya? Kita mungkin tidak tahu tiap perjalanan hidup mereka namun yang pasti mereka juga pernah merasakan sakitmu hati wahai hatiku.

Terima kasih wahai mataku kerana membuat aku berfikir menjurus terus ke pelasuk hatiku. huhuhu. Aku banyak perhatikan apa yang berlaku disekeliling ku. Sungguh ya Tuhan, terima kasih  atas berkat yang tak terhingga darimu. Aku punya keluarga yang sangat sayang pada ku.. apa saja yang aku minta, pasti mereka tunaikan. walaupun tidak semewah orang berada namun kami hidup dalam kesederhanaan dan bahagia.. Aku punya kawan-kawan peneman duka lara dan waktu bersukacita. Dan paling penting, aku punya Tuhan yang melebihi segala nya...

I'm not lucky but I'm fully blessed.




With Love,



No comments: